Skip to content Skip to main navigation Skip to footer

Harga barang industri naik turut jejas pembeli rumah

JOHOR BAHRU: Kenaikan harga barangan industri khususnya simen atau konkrit bukan sahaja menjejaskan pemain industri pembinaan yang membangunkan projek perumahan tetapi turut memberi kesan akhir kepada bakal pembeli.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Persatuan Pembina Johor, Kong Weng Keong berkata, kenaikan harga secara mendadak juga dijangka membawa kesan negatif yang berterusan kepada keseluruhan ekonomi dan industri. 

“Apabila harga pembinaan sudah ditetapkan dalam sesuatu projek baharu tetapi kemudian harga barang binaan industri meningkat dengan mendadak, ia boleh menyebabkan harga rantaian bekalan lain yang berkaitan mula mewujudkan kesan rantaian yang serius. 

0 Comments

There are no comments yet

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *